Piala Uber: Pengalaman pisahkan Malaysia, China

Meng Yean- Thinaah berjaya menyaingi Xuan Xuan-Yu Ting. - Foto BAM
Meng Yean- Thinaah berjaya menyaingi Xuan Xuan-Yu Ting. - Foto BAM
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Skuad Piala Uber negara terpaksa akur pengalaman lebih berpihak juara 14 kali China apabila tewas 0-5 dalam perlawanan kedua Kumpulan D saingan Piala Uber di Arena Ceres, Aarhus, Denmark malam ini.

Pada perlawanan pertama, jaguh perseorangan wanita negara, Eoon Qi Xuan yang cemerlang pada Sabtu tampil persembahan bertenaga sebelum akur kehebatan pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei apabila tewas 21-13, 21-11.

Gandingan beregu wanita negara,

Lee Meng Yean-M Thinaah pula berjaya menyaingi kehebatan pasangan Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting, sebelum akur pengalaman lawan dengan keputusan 21-12, 21-17.

Pemain perseorangan China, He Bing Jiao mengesahkan kemenangan negara Tembok Besar tersebut apabila tidak berdepan masalah menewaskan Siti Nurshuhaini Azman, 21-8, 21-3.

Gandingan Huang Dong Ping-Jia Yi Fan meneruskan rentak cemerlang China apabila menewaskan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing 21-9, 21-12.

Bagaimanapun aksi terakhir yang melibatkan acara perseorangan wanita, Wang Zhi Yi diasak hebat sebelum dapat mengalahkan K Letshanaa, 21-15, 21-11.

Skuad Piala Uber negara bakal melabuhkan tirai kempen peringkat kumpulan kali ini menentang Kanada awal pagi Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!