Pasangan AS dituduh jual maklumat kapal perang nuklear
WASHINGTON - Pasangan suami isteri Amerika Syarikat (AS) ditangkap di negeri Virgina Barat kerana dituduh menjual maklumat tentang kapal perang nuklear AS, kata Jabatan Pertahanan negara itu, pada Ahad.
Pihak jabatan percaya mereka mahu menjual rahsia itu kepada sebuah negara asing.
Jonathan Toebbe yang bekerja sebagai jurutera nuklear untuk Tentera Laut AS dan isterinya, Diana ditangkap oleh ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), pada Sabtu lalu.
Kedua-duanya berumur 40an dan didakwa melanggar Akta Tenaga Atom, kata jabatan tersebut.
Selama hampir setahun, pasangan tersebut menjual maklumat berhubung reka bentuk kapal perang nuklear kepada seorang individu yang dipercayai wakil dari sebuah negara asing.
Menurut jabatan itu, penerima maklumat itu pula sebenarnya seorang ejen FBI yang sedang melakukan penyamaran.
Menurut afidavit, Toebbe memperoleh maklumat tersebut melalui kerja-kerjanya di kapal perang berkuasa nuklear itu.
Dia bersama Diana dituduh mahu mendapatkan sejumlah wang kriptokrasi sebagai pertukaran kepada penjualan maklumat tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!