Sekolah antarabangsa seliaan KPM mengajar Bahasa Melayu

Datuk Mohamad Alamin
Datuk Mohamad Alamin
A
A
A

KUALA LUMPUR – Mana-mana sekolah di bawah penyeliaan atau bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus mengajar Bahasa Melayu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin menegaskan, ini termasuklah sekolah antarabangsa.

“Mana-mana sekolah di bawah KPM, kita akan pastikan mereka juga harus mengajar bahasa kebangsaan (termasuk) sekolah antarabangsa atau mana-mana institusi kalau di bawah penyeliaan atau bidang kuasa KPM,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang bertanyakan mengenai langkah KPM bagi mengatasi masalah pelajar yang tidak lagi meminati dan mempelajari seperti seloka, gurindam, pantun, syair serta adakah murid-murid sekolah antarabangsa juga dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Mengulas mengenai langkah mengatasi pelajar yang tidak meminati seloka, gurindam, pantun dan syair, Mohamad berkata, pihak kementerian telah membuat beberapa langkah di dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Melayu 2016-2025.

“KPM telah menyasarkan beberapa hala tuju. Antaranya ialah memperkasakan kesusasteraan Melayu seperti gurindam dan sebagainya.

“(Selain itu) kita juga ingin memperkasakan sebagai hala tuju pelan penguasaan pendidikan Melayu kita,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!