Hina nabi: Alvin Chow ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang diburu polis kerana dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial Twitter iaitu Alvin Chow Mun Fai akhirnya ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menahan lelaki berusia 43 tahun itu kira-kira jam 5 petang tadi.

"Tangkapan dibuat di Plaza Pudu Shopping Center, Kuala Lumpur. Semakan mendapati lelaki ini mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tangkapan telah diserahkan kepada pihak Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:Hina Islam, Nabi: Tiga lagi ditahan, seorang diburu

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebanyak 929 laporan telah diterima polis di seluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.

Susulan laporan tersebut, sebanyak empat individu telah dikenalpasti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Artikel Berkaitan:

Tiga daripada mereka iaitu pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan dan seorang lagi adalah Alvin Chow.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!