Bot karam, tiga lelaki warga asing ditemui lemas

Anggota bomba mengangkat mayat lelaki warga asing yang ditemui di Pantai Rambah, Pontian pada Isnin.
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki warga asing yang ditemui di Pantai Rambah, Pontian pada Isnin.
A
A
A

PONTIAN- Tiga lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam di Pantai Rambah di sini pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.41 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mayat lelaki warga asing ditemui di Pantai Rambah, Pontian pada Isnin.
Mayat lelaki warga asing ditemui di Pantai Rambah, Pontian pada Isnin.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat tiga lelaki mangsa lemas akibat bot karam. Ketiga- tiga mangsa dipercayai warga asing berumur lingkungan 30-an.

"Anggota bertindak mengangkat mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 7.15 malam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!