Belanda terus buru slot automatik ke Qatar 2022
MEMPHIS Depay meneruskan sentuhan pemusnahnya ketika membantu pemburuan slot automatik Belanda ke Qatar 2022 apabila membelasah Gibraltar 6-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Feyenoord.
Depay meledak dua gol pada minit ke-21' termasuk satu sepakan penalti membolehkanya mencatat keseluruhan sembilan gol sepanjang kempen kelayakan - jaringan terbanyak dalam kalangan pemain pasukan Eropah lain kali ini.
Pesta gol tuan rumah bermula dengan tandukan Virgil van Dijk yang menyudahkan hantaran Depay selepas sembilan minit perlawanan diikuti jaringan babak kedua Denzil Dumfries (48'), Arnaut Danjuma (75') dan Donyell Malen(86').
Keputusan itu menyaksikan The Oranje kendalian Louis van Gaal memimpin Kumpulan G dua mata mengatasi pencabar terdekat Norway dengan berbaki dua perlawanan.
Anak buah Van Gaal akan meneruskan pemburuan slot kempen Qatar 2022 selepas ini menentang Montenegro sebelum menanti kunjungan Norway di laman sendiri bulan depan.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan keempat kempen kelayakan Van Gaal, yang direkrut semula Persekutuan Bolasepak Belanda selepas peletakan jawatan Frank de Boer berikutan persembahan hambar Belanda di Euro 2020 sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!