Jual daging kerbau tapi cakap daging rusa: KPDNHEP

Daging kerbau.Gambar hiasan
Daging kerbau.Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis yang menjalankan perniagaan menjual daging rusa palsu di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh.

Perniagaan tersebut mempromosi produk daging rusa menerusi platform e-dagang pada harga RM42 sekilogram.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pelanggan yang mengesyaki produk yang dibeli daripada perniagaan tersebut bukan daging rusa sebenar.

"Hasil pemeriksaan menemukan beberapa ketul daging sejuk beku yang dinyatakan daging rusa oleh pemilik premis dalam peti sejuk dalam bentuk ketulan satu kilogram.

"Bagaimanapun laporan kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati sampel daging rusa tersebut merupakan daging kerbau," katanya dalam laporan pada Selasa.

Azman berkata, kesemua daging beku yang dianggarkan bernilai RM7,004 itu disita untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1)(b) Larangan Perihal Dagangan Palsu iaitu membekalkan dan menawarkan untuk membekal apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu Akta Perihal Dagangan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!