Pegawai kanan polis ditahan terlibat kes ugut

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan telah menahan dua orang suspek termasuk pegawai kanan berpangkat Timbalan Superintendan berkaitan kes ugutan jenayah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa dirinya diugut dan dicederakan pegawai kanan tersebut.

"Mangsa mendakwa telah diugut dan dicederakan kerana ingin meminta semula wang yang telah dipinjamkam kepada pegawai kanan polis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Arjunaidi, siasatan secara terperinci dan telus akan dijalankan oleh pihak Polis Kontinjen Selangor.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang didapat melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang," tegas beliau.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!