Sistem baharu Melaka Sentral beroperasi April depan

Mohd Sofi (dua,kanan) memantau sistem CTS yang mula dilaksanakan di Melaka Sentral 1 Mac lalu.
Mohd Sofi (dua,kanan) memantau sistem CTS yang mula dilaksanakan di Melaka Sentral 1 Mac lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Perkhidmatan bas di Terminal Bas Melaka Sentral yang menggunakan sistem tiket berpusat (CTS) dan sistem operasi terminal (TOS) akan mula beroperasi sepenuhnya menerusi sistem itu bermula 1 April depan.

Exco Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, setakat ini sistem berkenaan masih lagi dalam tempoh percubaan selepas mula diperkenalkan dan dipraktikan oleh pengguna sejak awal bulan ini.

Menurutnya, sudah pasti timbul beberapa kelemahan dan kekurangan memandangkan ia masih dalam tempoh percubaan dan percaya pengurusan Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) bersama syarikat swasta yang mengambil bahagian akan menambah baik dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi keselesaan pengguna.

Katanya, usaha penambahbaikan itu termasuk syarikat pengendali terminal tersebut akan melengkapkan 10 kaunter jualan manual berbanding lapan yang sedia ada selain menyediakan 20 mesin jualan tiket layan diri (vending machine) bagi kemudahan orang ramai.

"Melaka merupakan negeri kelima yang menaik taraf sistem baharu dan bagi tempoh percubaan ini, mutu perkhidmatan CTS dan TOS akan terus dipertingkatkan supaya penumpang berasa lebih selesa.

Mohd Sofi (kanan) ketika melihat sistem tiket manual di Melaka Sentral.
Mohd Sofi (kanan) ketika melihat sistem tiket manual di Melaka Sentral.

"Paling penting memastikan penumpang mahupun pengguna tidak berterusan menghadapi masalah atau terbeban dengan sistem baharu itu setelah dilaksanakan," katanya. Mohd Sofi berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di sistem berkenaan di Melaka Sentral di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB, Nazri Abu Kasim dan Pengurus Besar MSSB, Md Yusof Abdullah. Mohd Sofi yang juga ADUN Durian Tunggal.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sofi berkata, pihak pengurusan turut mengambil langkah awal dengan mewujudkan kaunter khusus bagi penumpang warga emas dan orang kurang upaya serta pembeli tiket secara dalam talian setelah menerima rungutan pada minggu pertama pelaksanaan sistem tersebut hingga menyebabkan pengguna terpaksa beratur panjang dan berlaku kesesakan di depan mesin tersebut.

Menurutnya, selain itu juga MSSB akan menaik taraf kemudahan dalam bangunan itu secara berperingkat seperti tempat duduk untuk menunggu penumpang daripada 100 kepada 350 unit bagi menampung jumlah penumpang yang ramai hingga mencecah 4,500 orang sehari pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

"Ini bertetapan dengan hasrat Kementerian Pengangkutan bagi memastikan semua terminal bas ekpress di seluruh negara dinaik taraf dan Melaka telah melaksanakan dengan memperkenalkan dua sistem itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!