Ringgit terus ditutup kukuh berbanding dolar AS

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS hari ini apabila ditutup tinggi selama empat hari berturut-turut berikutan keyakinan dalam pasaran, kata para peniaga.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS hari ini apabila ditutup tinggi selama empat hari berturut-turut berikutan keyakinan dalam pasaran, kata para peniaga.
A
A
A

RINGGIT terus mengukuh berbanding dolar AS hari ini apabila ditutup tinggi selama empat hari berturut-turut berikutan keyakinan dalam pasaran, kata para peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1630/1660 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1685/1720 pada Isnin.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dolar AS rendah berbanding ringgit pada Selasa yang mencatatkan peningkatan berbanding kebanyakan mata wang lain.

“ini menjadikan ringgit salah satu mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik hari ini. Di Malaysia pasaran menyambut baik butiran terperinci Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menyasarkan antara lainnya, pertumbuhan mampan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, tumpuan akan terarah kepada data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan esok kerana data ini kemungkinan akan mempengaruhi langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang.

Sementara itu, beliau berkata, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Khamis dijangka menyediakan hala tuju lebih kukuh kepada dolar AS apabila lebih banyak butiran terperinci mengenai program pengurangan sokongan ekonomi dijangka diperoleh.

Hong Leong Research, dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, ringgit merupakan mata wang Asia yang mencatatkan prestasi terbaik apabila kebanyakan mata wang Asia jatuh di tengah-tengah peningkatan semula mata wang Amerika Syarikat itu.

“Pembukaan semula sempadan antara negeri dalam Malaysia selain peningkatan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah dijangka memberi prospek yang baik kepada mata wang tempatan dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, minit mesyuarat FOMC dan data IHP AS dijangka menjadi faktor penentu kepada pasaran pertukaran asing,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6621/6662 daripada paras penutup 5.6779/6827 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6750/6779 daripada 3.6902/6933 sebelumnya.

Ringgit juga naik berbanding euro kepada 4.8116/8151 daripada 4.8180/8220 pada Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0703/0727 daripada 3.0775/0803. - Bernama