Tok Mat adakan pertemuan bersama Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (kiri) dan Mohamad (kanan) bersama Asyraf Wajdi, Zambry dan Idris ketika pertemuan pada petang Selasa.
Tuan Ibrahim (kiri) dan Mohamad (kanan) bersama Asyraf Wajdi, Zambry dan Idris ketika pertemuan pada petang Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada petang Selasa.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut hadir pada pertemuan minum petang tersebut bersama Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

“Sama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguh ukhuwah,” kata Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa yang turut berkongsikan foto pertemuan tersebut.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai isu berkaitan kerjasama antara UMNO dan Pas di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN).

Pada Ahad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta pihak yang bersama di bawah MN supaya terus konsisten melakukan rundingan bagi memastikan perpaduan gabungan tersebut dicapai.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Oktober lalu turut menyatakan bahawa partinya masih menyediakan ruang untuk kerjasama dalam gabungan tersebut.

Status terkini gabungan MN masih menjadi tanya tanya berikutan keputusan bertentangan yang diambil dua parti utama yang menubuhkannya iaitu UMNO dan Pas berkaitan dengan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!