Vaksinasi Covid-19 dewasa hampiri 91 peratus

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 21,220,121 individu atau 90.6 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi data COVIDNOW, seramai 995,383 menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 1,194,096 orang tiada vaksinasi.

Berdasarkan kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi pemberian dos kepada golongan dewasa iaitu 112.3%, diikuti Labuan (99.2%), Negeri Sembilan (99.2%), Perlis (94.3%) dan Pulau Pinang (91.2%) manakala yang paling rendah adalah di Sabah dan Kelantan apabila kedua-duanya merekodkan vaksinasi di bawah 80 peratus.

Pemberian dos kepada golongan dewasa di Kelantan adalah sebanyak 74.4 peratus manakala Sabah sebanyak 66 peratus.

Di Sabah, 1,820,807 individu atau 66 peratus populasi telah lengkap dos suntikan dan 211,453 orang atau 7.7 peratus menunggu untuk menerima suntikan kedua.

Seramai 1,103,437 individu atau 40 peratus populasi dewasa tiada vaksinasi.

Di Kelantan pula, hanya 919,258 individu atau 74.4 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan dan 58,692 (4.7 peratus) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Individu yang tiada vaksinasi di negeri itu adalah 324,249 orang atau 26.2 peratus.

Artikel Berkaitan:

Pada perkembangan sama, PICK-Remaja menunjukkan 18,477 orang dari usia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi dan 139,669 lagi menunggu suntikan dos kedua.

Seramai 61,336 individu tiada vaksinasi.

PICK-Remaja diunjurkan 80 peratus lengkap divaksinasi dalam tempoh 28 hari iaitu pada 10 November depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!