Ronaldo ledak hatrik ke-10 antarabangsa

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

PENYERANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terus cemerlang apabila sekali lagi mencipta hatrik ketika membantu pasukannya membelasah Luxembourg 5-0 dalam perlawanan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia di Estádio Algarve, Faro.

Tiga gol di laman sendiri itu menyaksikan Ronaldo menjadi pemain pertama meledak 10 hatrik antarabangsa - 115 gol peringkat antarabangsa dari 182 penampilan - pada ketika tonggak Manchester United tersebut memperkukuhkan pemburuan status penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Kemenangan kelima selepas mengharungi enam perlawanan itu menyaksikan Portugal ketinggalan satu mata di belakang Serbia yang turut membawa pulang tiga mata setelah menjinakkan Azerbaijan 3-1, berbaki satu perlawanan, dipisahkan perbezaan gol.

Tuan rumah yang ternyata dominan dalam perlawanan itu tidak perlu menunggu lama untuk merobek gawang pelawat pada minit kelapan selepas Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti diikuti jaringan kedua pada minit ke-13.

Rakan sepasukan Ronaldo di The Red Devils, Bruno Fernandes menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyudahkan hantaran daripada Bernardo Silva.

Anak buah Fernando Santos tidak perlu menunggu lama apabila sekali lagi merobek gawang pelawat menerusi tandukan padu Joao Palhinha pada minit ke-69.

Ronaldo melengkapkan pesta gol Portugal dalam perlawanan itu apabila pengakhiran tandukannya pada minit ke-87 diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk Seleção.

Skuad kendalian Santos dijadualkan berkunjung ke Ireland pada perlawanan seterusnya sebelum menunggu Serbia di laman sendiri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!