16 GRO warga Vietnam ditahan di banglo

Antara individu yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah banglo di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
Antara individu yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah banglo di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 22 individu termasuk 16 wanita warga Vietnam ditahan dalam Ops Noda di sebuah banglo di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua individu berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan pada jam 8.45 malam.

"Kesemua 16 wanita itu berperanan sebagai pelayan pelanggan (GRO), manakala enam lelaki warga tempatan itu pula berperanan sebagai ejen dan lima lagi adalah 'transporter' atau pekerja yang membawa semua wanita itu dari satu lokasi ke banglo tersebut," katanya pada sidang akhbar di lokasi tangkapan pada Selasa.

Mohamad Noor berkata, modus operandi sindiket itu ialah mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi Telegram kepada individu yang berminat.

"Apabila ada pelanggan berminat dan bersetuju dengan harga, ejen akan menentukan lokasi untuk pelanggan berhibur dan aktiviti pelacuran.

"Sindiket ini turut menawarkan khidmat penghantaran GRO untuk berhibur serta menyediakan kediaman mewah seperti kondominium dan banglo untuk menawarkan perkhidmatan seks," katanya.

Beliau berkata, sindiket menggunakan sebuah rumah banglo dua tingkat terletak dalam kawasan taman perumahan mewah yang disewa dengan harga RM3,600 sehari.

"Sindiket turut menyediakan peralatan hiburan seperti lampu disko, meja pool, set karaoke serta lain-lain kelengkapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, peranan GRO ialah meneman pelanggan untuk minum dan berhibur serta menawarkan perkhidmaan seks dengan harga RM1,300 hingga RM2,500 seorang.

"Sindiket ini juga dipercayai menggunakan pelbagai lokasi berlainan untuk pelanggan berhibur bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

"Jika jumlah pelanggan ramai dan memerlukan GRO yang ramai, maka ejen akan mencari premis yang besar, contohnya banglo tujuh bilik yang disewa ini," katanya.

Mohamad Noor berkata, semakan awal mendapati 15 daripada 16 wanita warga asing yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan dalang utama atau bapa ayam sindiket ini serta berapa lama sindiket ini sudah beroperasi," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) akta sama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!