Kes rasuah: Ahli Parlimen akan didakwa esok
KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen akan didakwa berhubung kes rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, esok.
Menerusi satu kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertuduhan akan dibuat pada jam 9 pagi.
Bagaimanapun, SPRM tidak mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga pertuduhan dibaca di mahkamah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!