Produk tempatan diyakini berkualiti
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dianjurkan setiap tahun oleh kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia.
Kempen yang diperkenalkan pada tahun 1984 itu mampu merubah keadaan ekonomi negara terutama dalam usaha memastikan pengusaha tempatan kembali bangkit selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata masyarakat lebih memilih produk jenama tempatan berbanding produk antarabangsa kerana ia menawarkan harga berpatutan serta kualiti memuaskan.
Peratus keyakinan masyarakat terhadap produk tempatan juga berada pada tahap yang baik sekali gus menunjukkan KBBM mampu memberi impak positif kepada pemilihan produk dalam kalangan pengguna.
Bagi Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, 67, beliau berpendapat produk tempatan perlu dijaga dari segi kualiti supaya keyakinan orang ramai untuk membeli meningkat.
“Saya pernah dengar mengenai KBBM, tetapi apa yang penting kualiti produk mesti didahulukan, dan dijaga. Harga mahal sedikit pun tidak mengapa,” katanya.
“Walaupun saya tidak mengikuti KBBM ini secara terperinci tetapi hampir 90 peratus barangan yang saya guna adalah produk tempatan. Barangan tempatan lebih mudah didapati di pasaran, harganya lebih berbaloi berbanding produk import. “ - Pelajar IPTS, Ummi Athirah Farydz, 24.
“50 peratus barangan yang saya beli memang produk tempatan terutamanya makanan. Secara amnya, saya rasa harga produk kita berpatutan. Saya lihat kualiti juga semakin baik seperti contoh periuk nasi jenama tempatan yang saya guna masih bertahan walaupun sudah lama.” - Pelajar IPTS, Ong Zhi Ken, 21.
“KBBM merupakan satu langkah baik dalam mempromosikan produk tempatan kepada masyarakat.
70 peratus barangan peribadi saya adalah barangan kita. Banyak produk kita yang berkualiti tinggi seperti contoh beg jenama Bonia. Kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa.” - Eksekutif Multimedia Digital, Farah Nadia Muhammad Fazlie, 24.
“Kualiti produk tempatan tidak jauh bezanya dengan produk antarabangsa. Tapi secara peribadi, 30 hingga 40 peratus barangan peribadi saya berjenama tempatan. Dari segi bandingan harga dan kualiti pada saya tidak jauh beza dengan jenama luar.” - Pelajar IPTS, Lin Yong Suen, 21.
“Saya berpendapat produk tempatan perlu jaga kualiti supaya keyakinan orang ramai lebih tinggi bukan sahaja kita tetapi pengguna luar negara. Saya pernah dengar mengenai KBBM, tapi apa yang penting kualiti produk mesti dijaga, harga mahal sedikit pun tak apa.”
- Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, 67.
barangan tempatan. Saya katakan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada apa yang saya gunakan adalah buatan Malaysia. Ini termasuk barang makanan juga.” - Penulis bebas, Shivani Anne, 25.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!