Hari Potensi Kemas Kebangsaan sasar 50,000 penonton maya

Kemas mensasarkan 50,000 penonton bagi Program Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2021 yang bakal berlangsung selama lima hari secara maya bermula 11 hingga 15 Oktober ini.Gambar hiasan
Kemas mensasarkan 50,000 penonton bagi Program Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2021 yang bakal berlangsung selama lima hari secara maya bermula 11 hingga 15 Oktober ini.Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi agensi di bawah kementeriannya, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mensasarkan 50,000 penonton bagi Program Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2021 yang bakal berlangsung selama lima hari secara maya bermula 11 hingga 15 Oktober ini.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahmad Mohamad berkata, program berkenaan merupakan salah satu program yang terdapat di dalam aktiviti kokurikulum Tabika Kemas seluruh negara dalam usaha melahirkan modal insan terbaik negara.

Menurutnya, acara-acara yang dianjurkan juga mampu menyemarakkan semangat cintakan tanah air dan berjiwa kental yang seharusnya dipupuk sejak dari kecil.

“Setiap tahun program potensi dilaksanakan bagi mencungkil bakat kanak-kanak untuk membangunkan potensi individu secara holistik serta menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

“Acara-acara yang dipilih untuk dijadikan sebagai kandungan program tersebut adalah seperti Bercerita Sirah Rasul, Si Bilal Cilik, Kemas Kids Top Host, Rekacipta 2.0 Berpasangan Bersama ibu bapa mampu memperlihatkan usaha Kemas melahirkan kanak-kanak yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menerusi program seumpama itu menggalakkan kanak-kanak untuk memahami perjuangan dan pengorbanan rasul agar ianya menjadi inspirasi, teladan dan pedoman hidup.

Malah, ia juga mampu mengasah, memupuk dan mengembangkan bakat penyampai kanak-kanak serta memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan kanak-kanak, guru dan ibu bapa dalam suasana yang tidak formal.

“Penyertaan anak dan ibu atau bapa merupakan satu usaha dari sebuah keluarga yang sama-sama ingin mengejar kejayaan dalam dunia pendidikan selain memperkasakan fungsi keluarga yang menerapkan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Artikel Berkaitan:

“Selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’, Kemas turut menekankan modal insan yang berpengetahuan dan berinovatif yang merupakan antara ciri modal insan yang ingin dibentuk menerusi program serta acara yang dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahmad berkata, menerusi modul sains, teknologi, kejuruteraan, seni (art) religion dan matematik (STREAM) – Kemas berusaha mempertingkatkan STREAM di Tabika di mana kaedah atau modul ini menggabungkan komponen inkuiri, penaakulan, kolaborasi dan penerokaan untuk membangun.

“Kebolehan kanak-kanak dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran. kejayaan modal insan dipengaruhi oleh aspek luaran iaitu persekitaran dan ikatan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh seseorang individu dan keluarga,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!