Gangguan air: Kerja pembaikan, selenggara aset utama siap sepenuhnya

Amirudin meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu.
Amirudin meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset utama air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya jam 8.15 malam Rabu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses pemulihan dan penyelenggaraan aset utama itu siap lebih awal daripada jangkaan sebelum ini pada jam 11 malam.

"Ini bermakna kita mendahului sekitar dua jam empat puluh lima minit daripada sasaran untuk selesaikan kerja-kerja (pembaikan dan penyelenggaraan) utama," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu.

Amirudin berkata, hasil taklimat dan unjuran dibuat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan bahawa pelan pemulihan bekalan air mula diagihkan sekitar jam 3 pagi Khamis.

"Secara lazimnya ia akan mengambil masa selama lima hingga enam jam.

"Pemulihan (bekalan air diterima secara berperingkat) yang dijangka pada jam 5 pagi sebelum ini akan selesai pada jam 3 pagi," jelasnya.

Amiruddin dalam pada itu berkata, beliau juga mendapat laporan secara terus mengenai kerja hiliran di lokaliti tertentu.

"Kita dapati 90 peratus daripada kerja hiliran ini sudah selesai sama ada lebih awal dan ada sebahagian mengalami kelewatan akibat faktor persekitaran dan sebagainya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!