Kerajaan dah tiada ‘harapan’: Hahasrin

Hahasrin (kiri) melakukan ziarah kasih ke rumah penduduk yang kurang bernasib baik.
Hahasrin (kiri) melakukan ziarah kasih ke rumah penduduk yang kurang bernasib baik.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kerajaan PH dilihat masih belum mampu membina sebuah negara yang lebih baik meskipun telah mengambil alih tampuk pemerintahan.

ADUN Panti, Hahasrin Hashim berkata, ia dapat dilihat dari permulaan kerajaan kini memerintah yang sering meminta rakyat memberi lebih masa dan sebagainya.

"Kerajaan baru dah tak ada harapan. Kita hendak bagi masa macam mana lagi kepada mereka? Ibarat macam orang bawa kereta makin banyak beri masa makin banyak mereka tersasar.

"Dengan banyak isu, banyak aset negara dijual atas sebab-sebab kerajaan BN rompak duit rakyat di mana semuanya atas tuduhan cakap mulut tanpa bukti.

"Tetapi hakikatnya Kerajaan BN dulu beri macam-macam pada rakyat dari segi keusahawanan, orang susah luar bandar semua lapisan masyarakat merasai faedah insentif kerajaan tawarkan termasuklah subsidi-subsidi orang bujang orang sudah berkahwin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Sinar Live membincangkan tajuk ADUN Pembangkang Apa Cabarannya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Panti.

Hahasrin memaklumkan, apa yang dapat dilihat sekarang banyak syarikat-syarikat besar kini mengambil kesempatan susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Jelasnya, ia akhirnya gagal memperlihatkan kerajaan sekarang dapat membina satu negara yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin hendak harapkan Perdana Menteri keempat kerana ada 'track' rekod yang baik. Ya betul tapi itu dulu sebab beliau di bawah UMNO.

"UMNO ada tradisi. Seseorang ketua tidak boleh gerakkan sesuatu tanpa ada pasukan yang baik.

"Team yang beliau ada sekarang mungkin tidak baik.

"Macam yang saya cakap, ada hikmah di sebalik kekalahan BN pada PRU14 kerana kini, kita dapat bentuk pasukan yang lebih baik.

"Insya-ALLAH dengan sokongan kuat daripada rakyat, kita akan dapat balik kerajaan, dapat bina kerajaan dengan lebih baik, dapat bentuk masyarakat yang harmoni untuk diwariskan kepada generasi akan datang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!