Empat maut selepas Israel serang Syria

Gambar fail menunjukkan tentera Israel mengawal Bukit Golan yang bersempadan dengan Syria. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan tentera Israel mengawal Bukit Golan yang bersempadan dengan Syria. - Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Satu serangan Israel di tengah Syria menyebabkan seorang askar Syria dan pejuang pro-Iran terkorban pada Rabu, kata sebuah badan pemantau perang yang beribu pejabat di Britain.

Pada awalnya, agensi berita Syria, SANA yang memetik sumber ketenteraan menyatakan tiga serangan yang berlaku dekat bandar Palmyra di wilayah Homs telah membunuh seorang askar dan mencederakan tiga orang lagi.

Sumber itu memberitahu bahawa pada jam 11.34 malam waktu tempatan, tentera Israel melancarkan serangan udara agresif di kawasan sekitar Palmyra dengan menyasarkan menara komunikasi dan beberapa kedudukan di kawasan tersebut.

Namun, Badan Pemantau Untuk Hak-Hak Asasi Penduduk Syria menyatakan serangan itu menyasarkan beberapa kedudukan pro-Iran, antaranya ialah menara komunikasi dekat sebuah pangkalan udara di timur Palmyra.

Ia melaporkan serangan itu menyebabkan seorang askar Syria dan tiga pejuang pro-Iran terkorban tetapi kewarganegaraan mereka tidak diketahui dengan jelas.

Tujuh yang lain termasuk tiga askar Syria cedera dalam kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!