Lima maut, dua cedera dipanah lelaki secara rambang

Siasatan awal mendapati suspek berjalan kaki di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang. - Foto AP
Siasatan awal mendapati suspek berjalan kaki di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang. - Foto AP
A
A
A

KONGSBERG - Sekurang-kurangnya lima maut selepas terkena tembakan seorang lelaki menggunakan panah dalam kejadian di ibu kota Norway, Oslo, kata polis.

Ketua Polis Kongsberg, Oyvind Aas memaklumkan, dua orang turut cedera dalam insiden tersebut.

"Suspek telah ditahan dan daripada maklumat yang kami terima, dia melakukan serangan ini secara bersendirian," katanya.

Siasatan awal mendapati suspek berjalan di bandar berkenaan dan memanah orang ramai secara rambang menggunakan busar dan anak panah.

Punca dan motif insiden tersebut masih dalam siasatan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!