Kilang kayu hangus dalam kebakaran
SANDAKAN - Sebuah kilang kayu di Taman Anggerik, Jalan Lintas Sibuga di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kilang kayu berukuran 300 x 100 kaki persegi yang menyimpan stok kayu itu terbakar 100 peratus.
Kebakaran itu turut memusnahkan empat lori manakala sebuah lagi lori dan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva hanya terkena bahang.
“Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.07 tengah malam, seterusnya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung bergegas ke tempat kejadian.
“Operasi terkawal pada pukul 1.20 pagi. Tiada mangsa terlibat dilaporkan,” kata kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!