Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin

Anggota bomba mengambil masa kurang daripada lima minit bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa.- Foto ihsan Balai Bomba Seremban
Anggota bomba mengambil masa kurang daripada lima minit bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa.- Foto ihsan Balai Bomba Seremban
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian bagi membantu lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu yang berniaga air tebu di depan rumah.

“Anggota bomba mengambil masa kurang daripada lima minit bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mohamad berkata, peniaga tersebut dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!