Mohd Hishamudin dilantik semula Pengerusi MyCC

Mohd Hishamudin
Mohd Hishamudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melantik semula Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tempoh tiga tahun lagi, mulai 1 Oktober, 2021 hingga 30 September, 2024.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, Mohd Hishamudin mengetuai MyCC dan bertanggungjawab atas pelbagai keputusan penting dalam suruhanjaya itu sebagai hak prerogatifnya sebagai pengerusi.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang ini untuk terus menerajui MyCC dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membimbing suruhanjaya itu menjalankan fungsinya dengan jujur, integriti dan kecekapan.

"Saya juga mahu melihat penyelesaian kepada pindaan Akta Persaingan 2010 supaya MyCC diberi kuasa untuk mengatur penggabungan dan pengambilalihan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa yang sama, kerajaan juga melanjutkan tempoh seorang perkhidmatan anggota MyCC, Datuk Ir Mohd Jamal Sulaiman selama tiga tahun lagi, berkuat kuasa pada 1 Oktober, 2021.

Sepanjang perkhidmatannya di MyCC, beliau telah memberikan banyak sumbangan kepada pelbagai projek suruhanjaya itu termasuk mengawasi penerbitan kajian pasaran sektor pengangkutan terpilih dan kajian pasaran sektor perkhidmatan (borong dan runcit untuk produk terpilih). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!