Pogba diminta ubah sikap

Pogba ketika menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA bersama Perancis di San Siro, Milan, 10 Oktober lalu. FOTO: AFP
Pogba ketika menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA bersama Perancis di San Siro, Milan, 10 Oktober lalu. FOTO: AFP
A
A
A

BEKAS tonggak England, John Barnes menggesa bintang Perancis, Paul Pogba untuk menampilkan karakter sama ketika bersama Les Blues semasa menyarung jersi Manchester United.

Pogba antara watak penting ketika membantu skuad kendalian Didier Deschamps menjulang kejuaraan Liga Negara-Negara UEFA selepas menewaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan akhir di San Siro, Milan baru-baru ini.

Kejayaan dilakar bekas bintang Juventus berusia 28 tahun itu menambah koleksi kejuaraannya bersama Perancis selepas mendakap Piala Dunia Rusia 2018 sebelum ini.

Biarpun begitu Pogba sering dikritik berikutan persembahan hambar pada peringkat kelab walaupun tampil cemerlang bersama negaranya.

Pogba sebelum itu meninggalkan Old Trafford untuk beraksi bersama Juventus pada 2012, kemudian ditandatangani semula The Red Devils pada 2016, namun sekadar meraih dua kejuaraan di Old Trafford semasa kembali di musim pertama.

Pogba memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan tujuh bantuan gol dalam saingan liga.

Barnes menegaskan bahawa Pogba perlu mengubah sikapnya untuk tidak hanya memberikan persembahan terbaik bersama Perancis tetapi juga Manchester United.

“Menjuarai Piala Dunia Rusia 2018, tidak banyak membantu sebarang kejuaraan bersama Manchester United selepas itu.

Artikel Berkaitan:

“Ya, saya melihat Pogba beraksi bersama Perancis dan Manchester United, dalam dua perkara yang cukup berbeza.

“Pogba semasa menyarung jersi Perancis, persembahannya cukup luar biasa dan menakjubkan berbanding ketika Manchester United,” ujar Barnes.

Jelas Barnes lagi, beliau percaya semua itu berkaitan dengan sejauh mana perasaan Pogba ketika bersama Perancis dalam konteks kerjasama dan semangat berpasukan.

“Tapi bagaimana dengan status bintang Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United? Mungkin layanan bintang di England menyebabkan punca persembahannya cukup berlainan dalam konteks semangat berpasukan ketika bersama Perancis.

“Menjulang kejuaraan bersama Perancis tidak sama sekali membantu menjulang Manchester United, kecualilah Pogba memilih menukar sikap sama seperti ketika menyarung jersi Perancis apabila beraksi bersama Manchester United,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!