Kerajaan tubuh Unit Pemantau Isu Hina Islam

Dr Mujahid
Dr Mujahid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan Unit Pemantau Isu Hina Islam bagi memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk laman sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sebaik sahaja aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam diterima, unit khas itu akan akan segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut beliau lagi, inisiatif diambil untuk menubuhkan unit khas itu dibuat susulan beberapa kes menghina dan mempersendakan agama Islam dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, saya sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

“Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal. Saya juga percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mujahid turut menggesa semua pihak agar berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian di negara ini.

Tambahnya lagi, sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan menerusi WhatsApp di talian hotline 010 - 300 52 60 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Terdahulu, Polis menerima 929 laporan dan membuka 16 kertas siasatan berhubung individu yang menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, seorang warga emas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memuat naik karikatur yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di laman Facebook, baru-baru ini.

Tertuduh Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M.M Edwin Paramjothy.

Selepas itu beberapa individu pula ditahan kerana memuat naik kenyataan menghina Nabi di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hina nabi: Alvin Chow ditahan polis

Hina Islam, Nabi: Tiga lagi ditahan, seorang diburu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!