Kenangan terindah buat Raphinha
TONGGAK Leeds United, Raphinha menyifatkan dua jaringannya ketika membantu Brazil mengatasi Uruguay 4-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Amazonia Arena, Manaus merupakan kenangan terindah.
“Sejujurnya, ini merupakan detik yang terindah buat saya yang tidak akan dilupakan sepanjang perjalanan karier bola sepak saya.
“Dua jaringan ini merupakan impian sejak kecil yang kini menjadi kenyataan dan saya amat teruja pada hari ini,” ujar Raphinha.
Pada perlawanan itu, gol tuan rumah dijaringkan Neymar pada minit ke-10, Raphinha (18', 58') dan Gabriel (83') manakala gol Uruguay dijaringkan Luiz Suarez (77').
Kemenangan itu menyaksikan Brazil kini enam mata mengatasi Argentina dalam memimpin kelayakan zon Amerika Selatan tersebut selepas pesaing terdekat mereka tersebut menewaskan Peru 1-0 di Buenos Aires.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!