PRN Melaka: SPR adakan sidang media Isnin ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan sidang akhbar mengenai Pilihan Raya Negeri Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Ke-15 sebaik selesai mesyuarat khas yang dijadual pada Isnin (18 Oktober).

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, SPR berkata, sidang akhbar itu akan dibuat pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 12 tengah hari di salah sebuah hotel terkenal di Melaka.

"SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan PRU DUN Melaka pada 18 Oktober 2021 bermula jam 9 pagi.

"Sidang akhbar oleh Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!