22 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

 Hanya 22 daripada 1,009 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.- Foto 123rf
Hanya 22 daripada 1,009 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.- Foto 123rf
A
A
A

KUCHING - Hanya 22 daripada 1,009 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Jumaat melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan baki 987 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 229,745.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 267 kes diikuti Miri (192), Sibu (105) dan Daro (61),” kata kenyataan itu.

Selain itu 12 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 5 hingga 13 Oktober manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 60. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!