Bela kebajikan pengawal keselamatan

Saravanan (dua dari kanan) menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 dan faedah Perkeso sebanyak RM1,003.20 sebulan kepada anak-anak waris, S. Mahalatchumy, 19, (tiga, kiri), S Muthukumaran, 17, dan S. Kastury, 16, (dua, kiri) di kediamannya di Taman Sentosa pada Jumaat. - Foto Bernama
Saravanan (dua dari kanan) menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 dan faedah Perkeso sebanyak RM1,003.20 sebulan kepada anak-anak waris, S. Mahalatchumy, 19, (tiga, kiri), S Muthukumaran, 17, dan S. Kastury, 16, (dua, kiri) di kediamannya di Taman Sentosa pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima banyak aduan mengenai majikan yang culas membayar caruman pekerja dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), khususnya yang melibatkan pekerja dalam sektor kawalan keselamatan.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, sehubungan itu KSM akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menampilkan langkah lebih berkesan dalam menangani perkara itu.

“Ini satu sektor yang sepatutnya ada jaringan keselamatan, sebab mereka adalah pengawal yang menjaga keselamatan... tanggungjawab (besar) mengawal keselamatan tapi nasib tidak dibela oleh majikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tiga beradik yang kehilangan ibu bapa mereka di Taman Sentosa, dekat sini pada Jumaat.

Sebelum itu, pihak kementerian menerusi Perkeso menyantuni tiga beradik S. Mahalatchumy, 19; dan S. Muthukumaran, 17, dan S. Kastury, 16, yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa beberapa bulan lalu..

Bapa mereka, K.Selvam, 53, meninggal dunia akibat serangan jantung pada April lalu, manakala ibu mereka S.Chandrakala meninggal dunia pada 21 Ogos akibat Covid-19; namun hanya Chandrakala sahaja yang layak menerima faedah Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, berdasarkan semakan Perkeso

Keluarga ini mendapat bantuan sekali bayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2,000 dan Pencen Penakat RM1,003.20 sebulan yang akan dibayar sehingga tiga beradik itu mencecah usia 21 tahun atau tamat pengajian di institusi pengajian tinggi. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!