Kes harian Covid-19 menurun, PKRC Dewan Al-Farabi ditutup

Beberapa petugas kesihatan menulis ‘Selamat Tinggal Al-Farabi’ pada pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai simbolik penutupan PKRC Al-Farabi.
Beberapa petugas kesihatan menulis ‘Selamat Tinggal Al-Farabi’ pada pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai simbolik penutupan PKRC Al-Farabi.
A
A
A

ALOR SETAR – Operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Dewan Al-Farabi ditamatkan pada Khamis selepas kes harian virus itu menurun sehingga membolehkan Kedah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, PKRC itu beroperasi lebih empat bulan dan menerima pesakit pertama pada 8 Jun lalu.

Petugas dibantu agensi terlibat mengemas peralatan di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang ditamatkan operasi pada Khamis.- Gambar keci: Dr Othman
Petugas dibantu agensi terlibat mengemas peralatan di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang ditamatkan operasi pada Khamis.- Gambar keci: Dr Othman

Menurutnya, PKRC Al-Farabi yang menggunakan fasiliti Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah merawat 797 pesakit yang kebanyakannya daripada kategori tiga dan empat.

“Selama beroperasi, PKRC itu mempunyai 40 buah katil yang menempatkan 24 katil pesakit lelaki dan 16 untuk wanita, serta dua katil resus yang beroperasi menggunakan fasiliti daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

“PKRC ini lengkap dengan kemudahan oksigen bagi setiap katil dan peralatan perubatan bagi memberi rawatan kepada pesakit yang menjalani kuarantin di sini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dr Othman memaklumkan, terdapat dua PKRC masih beroperasi iaitu di Dewan Wawasan Jitra dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Kulim.

“PKRC Al-Farabi ini merupakan projek bersama antara Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan kerajaan negeri dengan bantuan agensi-agensi lain.

Artikel Berkaitan:

“Pusat ini diketuai oleh Dr Adlan Zafrulan Ismail dan Dr Ahmad Faris Romli dibantu lebih 60 petugas kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pasukan kesihatan berkenaan telah dimobilisasi dari semua hospital dan klinik pergigian di negeri ini.

“Jutaan terima kasih kepada semua petugas, badan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan yang menyumbang pelbagai peralatan perubatan seperti katil, kelengkapan komputer, peralatan untuk kemudahan petugas serta sumbangan makanan.

"Makan dan minum petugas pula disediakan katerer yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dr Othman turut menghargai pengorbanan petugas kesihatan yang sanggup meninggalkan keluarga dan menginap di asrama yang disediakan bersebelahan Dewan Al-Farabi ketika bertugas di PKRC berkenaan.

“Setiap peranan dan jasa individu dan petugas amat kami hargai,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!