417 pasukan pantau SOP rakyat Perak

Susulan kebenaran merentas negeri, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuhi SOP yang masih berkuat kuasa. (Gambar kecil, Mior Faridalathrash)
Susulan kebenaran merentas negeri, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuhi SOP yang masih berkuat kuasa. (Gambar kecil, Mior Faridalathrash)
A
A
A

IPOH - Seramai 1,668 pegawai dan anggota melibatkan 417 pasukan pemantau ditugaskan memantau prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negeri susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketua polis daerah diarahkan meningkatkan pemantauan di lokasi tumpuan susulan kebenaran kerajaan untuk merentas negeri.

Mior Faridalathrash memberitahu, ia berikutan cuti hujung minggu bersambung cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul pada Selasa.

"Pasukan berkenaan perlu memastikan pemeriksaan lokasi tumpuan orang ramai seperti lapangan terbang, stesen kereta api, hentian rehat dan rawat ditingkatkan melalui Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ).

"Mereka juga akan ditugaskan untuk melakukan rondaan dan pemeriksaan yang lebih kerap di tempat-tempat tumpuan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, sebanyak 111 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan sejak Isnin.

"Kesalahan paling banyak dilakukan ialah gagal mendaftar masuk premis menggunakan MySejahtera membabitkan 43 kompaun diikuti gagal memakai pelitup muka yang mencatatkan 40 kompaun.

"Masing-masing satu kompaun atas kesalahan merentas daerah dan merentas negeri serta dua kompaun kerana makan di premis tanpa lengkap divaksin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Polis Perak akan terus memantau pematuhan SOP yang sedang berkuat kuasa dan mengenakan kompaun kepada mereka yang gagal mematuhinya.

"Orang ramai yang ingin memasuki negeri Perak perlu lengkap divaksin dan cukup tempoh seperti yang telah ditetapkan mengikut jenis vaksin diterima dan dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!