Afghanistan: 30 terbunuh letupan bom di masjid
KABUL - Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.
Pegawai keselamatan masjid itu, Murtaza Zarifi mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.
Letupan itu berlaku beberapa hari selepas serangan bom bunuh diri yang dilakukan kumpulan Daesh/ISIS di sebuah masjid di utara bandar Kunduz yang mengorbankan 46 nyawa. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!