Wanita hilang dalam hutan ditemui separuh sedar

Anggota penyelamat membawa keluar wanita yang ditemui selamat di tepi jalan Kuala Balah, Jeli pada Jumaat.
Anggota penyelamat membawa keluar wanita yang ditemui selamat di tepi jalan Kuala Balah, Jeli pada Jumaat.
A
A
A

JELI - Seorang wanita yang dilaporkan sesat di dalam hutan ditemui selamat di tepi jalan Kuala Balah di sini pada Jumaat.

Mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah kemurungan ditemui kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Abdullah berkata, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi untuk kerja mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan separuh sedar selepas setengah jam SAR digerakkan.

"Kita menemui mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi terakhir dia meninggalkan motosikalnya sebelum dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, SAR turut dibantu lima anggota polis dan penduduk setempat yang dipecahkan kepada dua kumpulan.

"Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Balah untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Ramli berkata, mengikut maklumat awal, mangsa dilaporkan meminjam motosikal saudaranya dengan alasan untuk mengambil angin di tepi sungai berhampiran kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, ahli keluarga yang ragu-ragu dengan tindakan itu telah bertindak mengekori mangsa selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan laju.

"Setiba di kawasan simpang jalan mati, mangsa terus bertindak membelok masuk ke kawasan hutan dan tidak pulang-pulang selepas itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!