Lelaki Nepal maut dihempap jengkaut
KUANTAN - Seorang pemandu jengkaut warga Nepal maut dihempap jentera itu yang terbalik di Dusun Eco Resort, Bentong, dekat sini pada Jumaat.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, lelaki berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, lapan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 3.10 petang.
Katanya, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan pada 9.26 malam selepas jengkaut tersebut berjaya dialihkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!