Trafik lancar walau cuti hujung minggu, cuti umum

Aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur pada Jumaat menunjukkan peningkatan bilangan kenderaan selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri yang berkuatkuasa pada 11 Oktober lalu.- Foto Bernama
Aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur pada Jumaat menunjukkan peningkatan bilangan kenderaan selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri yang berkuatkuasa pada 11 Oktober lalu.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama menuju keluar dari Lembah Klang terkawal setakat malam ini walaupun cuti hujung minggu yang panjang.

Warga Lembah Klang dijangka pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum sempena Maulidur Rasul pada Selasa ini.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Duta dan Plaza Tol Sungai Besi, di sini yang merupakan laluan utama warga Lembah Klang untuk ke pantai Timur, utara dan selatan tanah air mendapati aliran trafik sedikit meningkat, bagaimanapun berada dalam keadaan lancar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superitendan Azman Shariat yang ditemui di Plaza Tol Gombak berkata, beliau menjangkakan tidak akan berlaku kesesakan di plaza tol berkenaan.

“Selalunya jika cuti panjang, kesesakan akan mula berlaku pada waktu petang tetapi hari ini keadaannya berlainan mungkin kerana ramai pengguna jalan raya telah merancang perjalanan mereka lebih awal untuk mengelak kesesakan,” katanya kepada Bernama di sini pada malam Jumaat.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Haidatul Nazri, 25, berkata, beliau gembira kerana dapat pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang selepas dua tahun tidak pulang berikutan pandemik Covid-19.

“Saya sangat seronok dapat pulang ke kampung selepas dua kali raya tidak dapat pulang menziarah mak, kali ini saya bercuti selama lima hari,” katanya yang merupakan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta di sini.

Bagi mahasiswi yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Shafiqa, 21, pula berkata, perjalanannya untuk pulang ke kampusnya di Muadzam Shah, Pahang berjalan lancar setakat ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya bersama ibu bapa memulakan perjalanan dari rumah di Kedah kira-kira 7 pagi tadi dan saya tidak sabar untuk memulakan kehidupan di kampus buat pertama kali selepas diterima masuk pada tahun lepas,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!