112 individu dikompaun langgar SOP Fasa Tiga PPN

Seramai 112 pelanggan dan pemilik pusat hiburan itu dikompaun sebanyak RM580,000 pada awal pagi Sabtu.
Seramai 112 pelanggan dan pemilik pusat hiburan itu dikompaun sebanyak RM580,000 pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 112 pelanggan dan pemilik sebuah pusat hiburan, di sini dikompaun dengan jumlah keseluruhan lebih RM580,000 susulan premis hiburan itu diserbu kerana beroperasi dan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan melibatkan seramai 21 pegawai dan anggota polis.

"Pemilik premis pusat hiburan berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 manakala seramai 59 lelaki dan 53 wanita yang merupakan pengunjung pusat hiburan berkenaan dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM580,000.

"Kesemua mereka didapati melanggar Peraturan 17 PPPD Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, ujian saringan air kencing turut dijalankan terhadap individu terlibat.

"Sebanyak 80 botol arak dirampas melibatkan 43 botol yang dibuka dan 37 botol belum dibuka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!