Tiga maut, tujuh cedera akibat gempa bumi di Bali

Penduduk mencari barangan yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau peranginan Bali. - Foto EPA
Penduduk mencari barangan yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau peranginan Bali. - Foto EPA
A
A
A

JAKARTA - Tiga orang terbunuh dan seorang dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau peranginan Bali, pada pagi Sabtu.

Gempa, yang berlaku pada 3.18 pagi waktu tempatan itu dengan kedalaman 10 kilometer (km) berpusat di lapan km barat laut daerah Karangasem, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gegaran turut dirasai sehingga ke kawasan berhampran Pulau Lombok. Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Ketua Unit Operasi Agensi Pengurusan Bencana Provinsi Bali Gede Adhi Tiana Putra berkata, dua terbunuh di daerah Bangli manakala seorang mangsa dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan di daerah Karangasem dan misi menyelamat sedang dijalankan.

Tujuh orang turut cedera dan dirawat di klinik kesihatan berhampiran, katanya.

Beliau berkata, beberapa rumah musnah dan gempa turut mengakibatkan tanah runtuh.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!