Malaysia kekal rakan dagang, sumber pelaburan utama Filipina

Malaysia kekal menjadi rakan dagang dan sumber pelaburan utama Filipina.
Malaysia kekal menjadi rakan dagang dan sumber pelaburan utama Filipina.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal menjadi rakan dagang dan sumber pelaburan utama Filipina, kata Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Ramon M. Lopez.

Beliau berkata, walaupun ketika pandemik minat syarikat Malaysia untuk melabur atau mengembangkan perniagaan di Filipina kekal kukuh.

“Pada 2020, Malaysia berada di kedudukan ke-10 sebagai rakan dagang Filipina, dengan keseimbangan perdagangan memihak kepada Malaysia. Dari segi pelaburan, Malaysia ditangga ke-12 sumber pelaburan IPA yang diluluskan, mencatat pertumbuhan 43.90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Dan tahun ini (Januari hingga Jun 2021), Malaysia adalah sumber FDI ke-6 (pelaburan langsung asing)," menurut Philippine Trade and Investment Centre Kuala Lumpur (PTIC-KL) memetik ucapan Ramon M. Lopez di Forum Pelaburan Filipina Ke-2 yang diadakan secara maya pada Khamis.

Menurut kenyataan PTIC-KL, Lopez telah memberi jaminan bahawa Filipina terbuka untuk perniagaan, dan merakamkan penghargaan kepada Malaysia kerana terus yakin dan berminat untuk melabur di Filipina.

Beliau juga menggalakkan lebih banyak pelaburan dari Malaysia dalam lima industri utama iaitu pembuatan, perniagaan tani, perkhidmatan, infrastruktur dan pembinaan serta tenaga.

Filipina juga menggalakkan pelaburan Malaysia dalam sektor khusus halal, oleh syarikat makanan dan minuman hingga perbankan Islam.

“Syarikat-syarikat Malaysia dipelawa untuk melabur di Filipina bagi mengembangkan industri Halal untuk memenuhi keperluan penduduk Islam (sebanyak 10 hingga 12 juta orang) Filipina dan bukan Islam.

Artikel Berkaitan:

"Dilaporkan baru-baru ini terdapat pelaburan dari Malaysia bernilai AS$130 juta, meliputi beberapa sektor di atas," katanya.

Sementara itu, Atase Perdagangan di PTIC-KL Katrina Banzon berkata Filipina telah menerima pelaburan diluluskan oleh Agensi Promosi Pelaburan (IPA) bernilai US$1.66 bilion dari Malaysia antara 2018 dan 2020 dalam lima industri berkenaan.

Forum sehari itu, sebahagian daripada Forum Pelaburan Filipina 2021 yang diadakan untuk mempromosikan Filipina sebagai destinasi pelaburan dan rakan kongsi ideal bagi syarikat-syarikat di Malaysia.

Forum Pelaburan Filipina 2021 dianjurkan PTIC KL dan Lembaga Zon Ekonomi Filipina (PEZA) dengan kerjasama Jabatan Perdagangan dan Perindustrian, Filipina di Kuala Lumpur dan Kedutaan Malaysia di Manila. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!