Pinjaman RM100 juta tanpa faedah bantu usahawan

Hasni (tengah) menyampaikan geran kepada penerima, Daud Salam pada majlis Penyampaian Geran PKS Makmur Johor (GePKS) di Santai Homestay, Parit Archong, Pontian, pada Sabtu.
Hasni (tengah) menyampaikan geran kepada penerima, Daud Salam pada majlis Penyampaian Geran PKS Makmur Johor (GePKS) di Santai Homestay, Parit Archong, Pontian, pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - Bank Rakyat sedia menyalurkan bantuan RM100 juta kepada usahawan-usahawan di Johor untuk membuat pinjaman tanpa faedah.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, bantuan itu bertujuan membantu usahawan terutama memberi lebih banyak ruang dan peluang usahawan memulakan semula perniagaan mereka.

"Faedah yang selalunya bank kenakan kepada peminjam, kerajaan negeri akan tanggung supaya rakyat tidak memikul beban tersebut. Ini bagi membantu usahawan di negeri ini yang terkesan akibat Covid-19.

"Kerajaan negeri akan menanggung faedah pinjaman yang dibuat oleh golongan usahawan menerusi inisiatif yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Bank Rakyat," katanya pada

majlis Penyampaian Geran Perusahaan Kecil dan Sederhana (GePKS) Makmur Johor Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd di Santai Homestay, Parit Archong di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, ketika ini kerajaan dalam proses menyelesaikan beberapa butiran sebelum inisiatif itu dapat dilaksanakan hujung tahun ini.

"Insya-ALLAH November ini atau sebelum akhir tahun, kita akan dapat selesaikan segala butiran untuk membolehkan pinjaman ini diberikan kepada usahawan terlibat," katanya.

Sementara itu, wakil komuniti IKS yang menerima geran tersebut, Daud Salam berkata, bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu mereka memulakan kembali perniagaan yang terhenti lama sejak perintah kawalan pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

Wakil Komuniti Agro Tani, Badrulhisham Md Saad pula berkata, sebelum ini semasa PKP hasil tani tidak dapat dipasarkan secara meluas dan bantuan itu dilihat dapat membantu golongan usahawan tani.

Sementara itu, wakil pengusaha makanan, Chan Hwa Yang berkata, mereka merasa lapang sedikit apabila menerima bantuan tersebut kerana semasa PKP bilangan pelanggan merosot dan perniagaan terjejas.

Begitu juga wakil usahawan kraf, Saifulizan Sarip bersyukur dengan bantuan itu kerana sebelum ini tiada program kerajaan dianjurkan sekali gus menyebabkannya perniagaannya dalam bidang percetakan, fotografi dan cenderamata terjejas.

Wakil pengusaha pakaian dan kecantikan, Noorhana Tumpang menjelaskan, semasa PKP tiada tempahan jahitan diterima dan menerusi bantuan itu dapat modal membeli peralatan pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!