Ops Patuh: DBKL tutup 41 premis perniagaan

DBKL mengambil tindakan menutup premis menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan sejak awal Oktober lalu.
DBKL mengambil tindakan menutup premis menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan sejak awal Oktober lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup operasi 41 buah premis perniagaan menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan di 11 kawasan sepanjang tempoh 1 Oktober sehingga Jumaat lalu.

Menerusi kemas kini di Facebook, DBKL berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 419 buah premis atau syarikat telah diperiksa termasuk aktiviti pusat hiburan, restoran, kedai pakaian atau jahitan baju dan kedai runcit.

Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan setiap pihak mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang DBKL.

"Tiga notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta 342 mengikut prosedur operasi (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," kata kenyataan itu pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, DBKL berkata, seramai 27 orang warga asing turut ditahan sementara bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan.

Katanya, tindakan sita turut diambil ke atas 15 barangan terdiri daripada 'mixer', monitor, pembesar suara dan lain-lain lagi.

"Sepanjang tempoh dua minggu ini juga, DBKL telah mengeluarkan sebanyak 114 kompaun atas pelbagai kesalahan," katanya.

Tambah kenyataan itu, Ops Patuh akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut bidang kuasa DBKL.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!