'Tiga pemimpin UMNO akan putuskan calon PRN Melaka, PRU15'

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM – Senarai calon UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diputuskan oleh tiga kepimpinan tertinggi parti dan bukan lagi oleh Presiden sahaja.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga kepimpinan tertinggi itu adalah beliau sendiri, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pada kali ini, yang akan memuktamadkan calon-calon PRN dan juga PRU akan datang bukan Presiden.

“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tiga orang ini yang akan memuktamadkannya.

“Namun, jika ketiga-tiga mereka ini bersetuju tetapi tidak dipersetujui Pengerusi BN, maka watikah itu tidak akan ditandatangani,” katanya ketika merasmikan penutupan Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menambah, perkembangan terbaharu itu menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan mereka bertiga.

“Ertinya kami bertiga bekerja baik. Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga telah bersetuju mesti ‘winnable, acceptable dan likeable’.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), saya beri peluang ahli-ahli MKT berucap. ‘Winnable, acceptable, likeable’ dan seorang lagi kata ‘under the table’.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi saya dengan Tok Mat (Mohamad) dan PM (Ismail Sabri), tidak akan gunakan kriteria keempat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!