Kane akhiri kemarau gol, penyokong pengsan warnai aksi di Newcastle

Kane mengakhiri kemarau gol saingan Liga Perdana Inggeris apabila mencetak gol pertama musim ini di St James'Park. - Foto Premier League
Kane mengakhiri kemarau gol saingan Liga Perdana Inggeris apabila mencetak gol pertama musim ini di St James'Park. - Foto Premier League
A
A
A

KAPTEN Tottenham Hotspur, Harry Kane mengakhiri kemarau jaringan liga musim ini apabila membantu kelabnya melakar kemenangan 3-2 ke atas Newcastle United di Stadium St James' Park.

Keputusan yang menyaksikan The Magpies terus kemarau kemenangan liga itu juga turut diwarnai insiden seorang penyokong tuan rumah pengsan sebelum ketika perlawanan.

Newcastle, yang teruja dengan pengambil alihan pemilik baharu diketuai konsortium dari Arab Saudi, terlebih dulu berada di depan hasil jaringan 108 saat Callum Wilson yang menanduk hantaran daripada Javi Manquillo.

Tottenham yang tersentak jaringan itu kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi rembatan padu Tanguy Ndombele, hasil impak positif diaktifkan Sergio Reguilon.

Kane kemudian meletakkan kelab London tersebut memimpin perlawanan apabila meledak jaringan lima minit selepas itu apabila melakukan penyudah bijak hasil bantuan gol daripada Pierre-Emile Hojbjerg.

Bagaimanapun perlawanan tersebut terpaksa diberhentikan sementara 25 minit selepas seorang penyokong The Magpies pengsan di bahagian East Stand stadium.

Pelawat sekali lagi berada di depan apabila perlawanan bersambung menerusi jaringan Son Heung-min pada masa kecederaan babak pertama.

The Magpies kemudian terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jonjo Shelvey diarahkan meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-83' selepas mengasari Reguilon.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun jaringan sendiri pemain sensasi Spurs, Eric Dier minit ke-89' menghadiahkan gol kedua tuan rumah hasil sepakan percuma Jacob Murphy untuk keputusan 3-2.

Keputusan di St James' Park itu menyaksikan Tottenham kendalian Nuno Espírito Santo melonjak ke tangga kelima liga dengan 15 mata manakala anak buah Steve Bruce di kedudukan ke-19 liga dengan tiga mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi lapan perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!