Suhu terlampau sejuk dijangka landa Arab Saudi

Salji pernah turun di wilayah utara Arab Saudi pada Januari 2020. - Foto Twitter
Salji pernah turun di wilayah utara Arab Saudi pada Januari 2020. - Foto Twitter
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi dijangka dilanda dengan cuaca suhu melampau sehingga mencecah ke paras sifar darjah Celsius pada musim sejuk yang dijangka bermula pada Disember tahun ini.

Menurut seorang jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan negara itu, Hussein Al-Qahtani, stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya baru-baru ini bahawa petunjuk awal menunjukkan bahawa musim paling sejuk akan melanda Arab Saudi.

Beliau berkata, suhu juga kemungkinan akan jatuh di bawah sifar darjah dalam musim sejuk itu.

Katanya, dunia kini mengalami fenomena suhu ekstrem yang turut menjejaskan negara beraja tersebut.

Pada musim panas lalu, pusat meteorologi negara tersebut mencatatkan suhu 53 darjah Celsius di beberapa buah wilayah Arab Saudi, tambah Al-Qahtani.

Menurutnya lagi, hujan yang tidak dijangka juga pernah berlaku di beberapa kawasan di selatan ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Justeru, katanya, dijangkakan negara itu menyaksikan penurunan suhu ketika musim sejuk.

Pada awal bulan ini, banyak wilayah di negara beraja tersebut menyaksikan hujan pada kadar sederhana dan lebat sehingga mencetuskan ribut petir akibat Siklon Tropika Shaheen yang melanda Oman.

Artikel Berkaitan:

Pada Januari lalu, suhu di wilayah Asir, Arab Saudi jatuh kepada -2 darjah Celsius berikutan cuaca sejuk sehingga mengakibatkan salji turun.

Salji juga turun pada Januari tahun lalu sehingga mengubah sebahagian besar gurun termasuk di kawasan pergunungan Tabuk, barat laut Arab Saudi menjadi putih ekoran salji. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!