Gempa bermagnitud 5.2 gegar Kepulauan Kuril
MOSCOW - Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Lautan Pasifik di Kepulauan Kuril, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pada Ahad.
Menurut Sputnik, gegaran itu berlaku pada 17:39 GMT 160 kilometer (km) selatan kota Severo-Kurilsk di Rusia, dengan pusat gempa pada kedalaman 35 km.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!