Kempen ‘The Golden Ticket’ tawar ganjaran lebih RM400,000

Seramai 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 setiap seorang sepanjang kempen berlangsung.
Seramai 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 setiap seorang sepanjang kempen berlangsung.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat Suria KLCC membuka tirai kempen ‘The Golden Ticket’ dengan menyediakan baucar bernilai hampir RM450,000 kepada pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungannya bagi tempoh suku akhir tahun 2021.

Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, Suria KLCC kembali dengan kempen itu hasil pelbagai maklum balas positif daripada pengunjung setia.

Menurutnya, dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah yang terpilih, para pembeli berpeluang menikmati ganjaran istimewa setiap hari.

“Sepanjang tempoh 16 hari bermula 9 Oktober 2021, para pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri yang dipilih daripada 100 kotak yang lain.

“Kotak misteri ini akan ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall, yang mana para pembeli berpeluang memenangi Golden Ticket atau Purple Ticket. Golden Ticket adalah himpunan baucar beli-belah bernilai RM5,000, manakala pembeli yang mencabut Purple Ticket akan membawa pulang baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM50,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kotak misteri ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall yang mana pembeli berpeluang memenangi Golden Ticket atau Purple Ticket.
Kotak misteri ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall yang mana pembeli berpeluang memenangi Golden Ticket atau Purple Ticket.

Beliau berkata, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Katanya, bagi merancakkan lagi kempen, Suria KLCC akan memberi pakej percutian dua hari satu malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan cabutan akan dibuat ketika acara penutup.

Artikel Berkaitan:

“Peluang untuk memenangi Golden Ticket akan diadakan pada sesi pagi dan sesi tengah hari, seramai 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 setiap seorang. Bagi Purple Ticke, lebih daripada 3,000 baucar beli-belah bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dan sebanyak 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari,” katanya.

Kempen ‘The Golden Ticket’ juga akan kembali memeriahkan kawasan Centre Court Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November ini untuk pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.suriaklcc.com.my; www.facebook.com/SuriaKLCCMall; www.mesramall.com dan www.facebook.com/MyMesraMall.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!