ECRL: Isu ambil alih tanah di Kelantan selesai

Ahmad (kiri) menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Isnin.
Ahmad (kiri) menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerja-kerja pengambil alihan tanah untuk projek pembinaan laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) melibatkan jarak 43.86 kilometer (km) di negeri ini telah diselesaikan sepenuhnya termasuk pembayaran tanah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang telah menyelesaikan semua perkara berkaitan pembinaan ECRL ini.

"Kita berharap usaha ini dapat melancarkan perlaksanaan projek ECRL dalam memberikan impak kepada perkembangan ekonomi Kelantan," katanya selepas melancarkan Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim pada Isnin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.

Menurutnya, projek ECRL dapat yang menghubungkan Pelabuhan Tok Bali dengan Cherang Tuli di Pasir Puteh juga akan dibina bagi merancakkan lagi perkembangan ekonomi khususnya di jajahan berkenaan.

Mengulas mengenai Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035, Ahmad memberitahu, ia melibatkan penggantian rancangan asal yang tamat tempoh pada 2020 lalu dan selari dengan peruntukan Subseksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Katanya, draf yang dibentang itu membolehkan rakyat melihat lebih dekat usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh, itu kita menggesa orang ramai membantu memberikan maklumat bagi merancang pembangunan di jajahan berkenaan dengan sebaik mungkin sebelum diwartakan.

Artikel Berkaitan:

"Kita beri tempoh selama sebulan sehingga 30 November ini untuk orang ramai memberikan pandangan," katanya.

Menurutnya, segala asas yang dikemukakan dalam draf ini merangkumi Dasar Membangun Bersama Islam selari dengan teras pentadbiran kerajaan negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!