Gadis terpedaya kerja sambilan, rugi RM41,500

Wee Tse (kanan) bersama Wong (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penipuan satu aplikasi permainan yang menawarkan komisen dan ganjaran di Pusat Khidmat ADUN Bukit Batu di sini pada Isnin.
Wee Tse (kanan) bersama Wong (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penipuan satu aplikasi permainan yang menawarkan komisen dan ganjaran di Pusat Khidmat ADUN Bukit Batu di sini pada Isnin.
A
A
A

KULAI - Harapan seorang wanita untuk mendapatkan kerja sambilan menerusi iklan di media sosial bukan sahaja musnah bahkan dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM41,500.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, berkata, ketika melayari media internet Rabu lalu, dia tertarik dengan komisen yang dijanjikan dalam iklan tersebut dan menekan pautan terbabit.

Wanita itu memberitahu, satu mesej WhatsApp kemudiannya dihantar ke nombor telefon bimbitnya yang meminta segera mendaftar di satu aplikasi.

"Selepas mendaftar, saya mula bermain satu permainan di aplikasi tersebut yang menawarkan komisen sehingga 10 peratus dan pelbagai ganjaran seperti basikal, telefon bimbit dan jam tangan yang mencecah RM10,000.

"Saya telah bermain permainan itu 45 kali dengan memindahkan wang sebanyak RM41,500 ke dalam dua akaun atas dua penama berbeza. Menerusi permainan itu, saya berjaya mencatatkan komisen sebanyak RM5,098," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, di sini pada Isnin.

Menurut kerani berusia 24 tahun itu, dia kemudiannya berhubung dengan lelaki yang dikenali sebagai Jack untuk menuntut duit komisen serta wang yang dipindahkan itu namun gagal.

Wong kemudian menerima panggilan telefon dari seorang lelaki Cina yang mendakwa pengurus syarikat pekerjaan dan memaklumkan akan membantu saya mengeluarkan kesemua wang milik saya dalam akaun tersebut.

"Syarat yang diberikan ialah saya harus membayar sebanyak RM10,000 untuk membolehkannya berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan berasakan sudah ditipu. Bimbang dengan keselamatan diri saya bertindak ke Balai Kelapa Sawit untuk membuat laporan," katanya.

Wong memberitahu, dia telah meminjam dengan keluarga dan rakan-rakan bagi memindahkan wang sebanyak RM41,500 ketika permainan tersebut.

Dalam pada itu, ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan di media sosial.

"Mangsa hanya mahu menambah pendapatan dan hanya menyedarinya dirinya ditipu selepas mengalami kerugian. Mangsa juga tidak mahu perkara sama menimpa orang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!