Pengeluar arak jenama Timah beri penjelasan
Penjelasan dari pengeluar arak jenama Timah.
A
A
A
Menurut kenyataan berkenaan, terdapat beberapa maklumat yang salah tersebar dan perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku salah faham.
“Timah adalah perkataan tempatan yang bermaksud ‘Timah’ dan jenama Timah Whiskey diambil sempena era perlombongan bijih timah semasa zaman British Malaya.
“Gambar ikon di botol pula adalah Kapten Speedy yang merupakan salah seorang lelaki yang memperkenalkan budaya whiskey ketika zaman tersebut.
“Oleh kerana sejarah tersebut, kami menggunakan nama TIMAH dan kami tidak bermaksud untuk mencetuskan sebarang kontroversi serta sebarang tafsiran berhubung nama jenama kami yang tidak berkaitan dengan perlombongan bijih timah Malaysia adalah palsu,” kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!