SPR nafi syarat vaksinasi lengkap bagi pemilih PRN Melaka
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media pada Isnin.
SPR dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) Covid-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.
Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari masa ke masa.
SPR sebelum ini dalam satu sidang media mengumumkan 20 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan pengundian awal pada 16 November. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: PH kesal hanya pengundi lengkap vaksin boleh mengundi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!